Mengenai Kami

F

ARIQXCESS merupakan “On-Stop Center” yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan seperti pembaharuan Cukai Jalan dan Insurans, Pembayaran Bil Utiliti dan Saman PDRM & JPJ, khidmat Penghantaran/ Pertukaran Kiriman Wang Asing, Insurans Bencana Alam, Insurans Trade Credit, Insurans Cermin Kenderaan dan Insurans Pihak Ketiga (PA). Kami menjanjikan kualiti perkhidmatan, layanan dan keselesaan yang terbaik bagi setiap pelanggan kerana anda adalah amat bermakna buat kami. Lawatilah kami segera hari ini di cawangan-cawangan yang berhampiran!

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pembayaran bil, pembaharuan insurans & cukai jalan, pembayaran saman dan lain-lain di bawah satu bumbung melalui keselesaan serta layanan terbaik untuk para pelanggan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan:

Cukai Jalan dan Insurans Kenderaan

Memperbahrui cukai jalan dan insurans dengan mudah dan cepat melalui kaunter-kaunter yang disediakan di Fariqxcess. Anda hanya perlu membawa dokumen yang berkaitan dan pihak kami akan membantu anda, hanya dalam tempoh 10 minit. Selain itu, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan tukar milik kenderaan tanpa geran untuk kemudahan anda. Semua ini akan kami lakukan untuk anda, melalui fasiliti yang selesa dan layanan yang mesra bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik!

Pembayaran bil utiliti dan saman

Pihak kami menyediakan perkhidmatan pembayaran bil utility elektrik, air, komunikasi dan lain-lain seperti TNB, syarikat bekalan air, Astro, Celcom, Maxis,Streamyx,UNIFi, RedOne, U-mobile. Bukan itu sahaja, pihak kami juga akan memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran zakat dan pembayaran saman PDRM & JPJ. Anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk semua perkhidmatan ini!

Kiriman wang asing, pembaharuan permit pekerja asing & banyak lagi!

Anda ingin mengirim wang kepada yang tersayang di luar Negara? Ingin memperbaharui permit pekerja anda? Atau ingin mendapatkan starter-pack dan topup telco? Lakukan semua ini dengan mudah dan cepat di Fariqxcess. Kami menjanjikan pengalaman yang berbeza untuk anda!

Web Designed By AZLAN NOOR


Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start