Latar Belakang Syarikat

FARIQ DINAMIK MUKMIN RESOURCES SDN BHD merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi sebuah syarikat berdaya saing yang mampu melaksanakan perkhidmatan dengan lebih efektif dan efisen.


Di perbadankan pada 6hb Januari 2013, dengan memperkenalkan jenama sendiri  FariqXcess memulakan di outlet pertamanya dengan kiosk operasi yang beralamat No. 1A Jalan Dungun Kampung Paya 21600 Marang Terengganu. Syarikat ini diterajui oleh seorang pengurusan muda yang cekap dan berdaya saing, bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat perusahaan bumiputera yang mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum belia.

Syarikat milik penuh bumiputera ini telah beroperasi sebagai pusat pembayaran setempat yang  berkonsepkan seperti Pos Malaysia. Bermula pada 15hb  Oktober 2015, syarikat ini telah dinaik taraf sebagai syarikat sendirian berhad. Kini, mempunyai satu ibu pejabat utama FariqXcess di  Ladang Kuala Terengganu. Ekoran daripada perkembangan syarikat di mana mendapat permintaan ramai, syarikat kami telah menambah beberapa cawangan  lain di Marang, Dungun, Ajil, Al-Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu, Jalan Sultan Ismail Terengganu dan Kubang Kerian Kelantan.

Pengalaman

Dengan pengalamannya yang mantap dalam bidang perniagaan, FariqXcess telah berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan dan pembekal terutamanya di Kuala Terengganu. Memandangkan permintaan semakin meningkat dalam prospek perkhidmatan kami, FariqXcess mempunyai niat untuk mengembangkan perniagaan melalui pembukaan lebih banyak cawangan pada masa akan datang. Syarikat kami menyasarkan untuk mengendalikan sejumlah 25 cawangan FariqXcess untuk setiap negeri dan dengan sejumlah 350 cawangan untuk seluruh Malaysia menjelang tahun 2035. Hasrat kami adalah untuk memberi kemudahan kepada semua masyarakat sama ada di bandar atau di luar bandar.

MUDAH DAN MESRA SOKMO

Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Web Designed By AZLAN NOOR


Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start